"If you smile at it, the world will be smiling with you, too. If you cry at it, then go ahead because you'll be the only one crying by yourself.."
-Adam Wilcox-

tic toc..

Sunday 24 July 2011

renungan...

“Ibaratnya kepala ditusuk dengan besi panas bila bersentuhan dengan yang bukan mahram,”

- Hadis sahih riwayat At-Thabrani & Al-Baihaqi, Dari Ma’qil Bin Yasaar katanya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesungguhnya jika ditusuk kepala salah seorang daripada kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahram)

Huraian : Marilah sama-sama kita memartabatkan Islam. Hidup zaman millennium, segala dan serba serbi nampak remeh sehinggakan perempuan dan lelaki yang bukan mahram bertepuk tampar, bersalam-salaman dan bercuit-cuitan adalah diibaratkan sebagai perkara biasa. Maka janganlah kita meneruskan aktiviti tidak sihat ini. Penyakit hati baik dijauhi.


- Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bahagian dari zina pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang. Kedua telinga, zinanya adalah mendengar. Lisan zinanya adalah ucapan. Kedua tangan zinanya ialah menyentuh. Kedua kaki zinanya ialah melangkah, zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya,”

sama-sama kita fikirkan nye.....

1 comment:

hey hey hey... drop ur comments here...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...