"If you smile at it, the world will be smiling with you, too. If you cry at it, then go ahead because you'll be the only one crying by yourself.."
-Adam Wilcox-

tic toc..

Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Saturday, 23 August 2014

Selamat Pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pulang MH17
Pulang ke pangkuan isteri, suami, keluargamu dan sahabatmu..

Pemergianmu di langit biru, di bumi asing
Angkara siapa? Kenapa kamu menjadi mangsa
Di saat ini aku tertanya
Kenapa... kenapa.. kenapa..

Dirimu tidak kukenal
Tapi kehilanganmu amat terkesan bagiku
Tidak mampu ku ucap dengan kata-kata

Disini, ada insan yang menangis
Ada insan yang kesedihan
Menanti mu dengan sabar

Selamat pulang wahai saudara seagamaku dan rakan malaysiaku
Semoga kamu tenang di sana
Disisi orang-orang yang beriman

-aimaJemma 230814 2150


*bila dok tgk tv smlm, ayah su whatsapp tnye aku btol ke pramugari dari ipoh tu pramugari y served ktorng masa pegi umrah.. disebabkan ayah su dok tepi aku masa dlm flight pegi umrah, ktorng smpat la berbual mesra dgn dia.. ayah su tnye la asal mana, nama apa.. dia bgtau nama yee peng, ipoh mali.. bila teringat balik, mmg dia salah seorng mangsa..

mcm mana aku nk lupakan segala kebaikan dia.. masih terbayang di mata mcm mne dia dok layan ktorng borak.. time aku pg toilet kbetulan dia dok kemas brg2.. kami siap borak2 lg.. she ask me still study ke? ble ak ckp dah abes study, dia terkejut sbb nampak muda.. ble sampai jeddah, dia senyum dan cakap jumpa lg ble ak nk keluar dr flight..

Takziah aku ucapkan kepada family mendiang..




Friday, 22 August 2014

Selamat Pulang MH17

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


esok, InsyaAllah kumpulan pertama rakyat Malaysia akan pulang ke tanah air.. Selamat pulang.. welcome home..



ya Allah, tabahkanlah hati keluarga2 mereka.. berikanlah mereka kekuatan untuk menghadapi hari mendatang..


bagi aku sendiri.. perasaan sedih, sebak smua dok bercampur gaul.. Allah..

al-Fatihah MH17.. Takziah MH17..
#JUSTICE4MH17 #pray4MH17 #pray4MH370

p/s: jmpe sajak dkt fb...



Akhirnya kau pulang jua...

cuaca keadaan jua tahu ,sayunya hati hanya pd illahi aku mengadu

yg hancur lebur tu bukan jua sahabat bukan jua ahli keluarga namun adanya saudara islam ku

rakan senegera ku...

tewas di udara ,angkara siapa tak siapa tahu..

yg pergi itu tentunya jalan pulang pd sang pencipta..

al fatihah sesungguhnya dukacita ini bkan sedikit gurisnya

cr: ciknana

Tuesday, 13 November 2012

mood terjun laut

Assalamualaikum dan salam sejahtera

every month aku mesti ad entry bad mood.. macam ni la ble jobless person dok umah... STRESS!! i tend to be pemarah n cepat terasa hati... aigoooooooo, ssh nye nak ubah perangai neh...

so readers, ad cara x nak bg ak kurangkan bad mood neh?? sila la drop ur comments kt box kt bwh ek *mcm la ad readers.. perasan..



senja di pantai bukit keluang.. x smpai 30 min dr umh ak..
salah satu cara aku kurangkan bad mood



Sunday, 27 May 2012

bye bye si Kuda Hitam...

Assalamualaikum n salam sejahtera..

secara officialnye my kuda hitam dah jadi milik orng.. terpaksa let go sbb x dok orng nak pakai... waaaaaaaaaaaaa.. sedihnye hati ini, hanya Allah y tau.. 1st harta y btol2 atas nama ak..

si Kuda Hitam ska Mal (말)

4 sem ak berjimat nak beli motor.. alhamdulillah, 3rd year study dpt beli si kuda hitam neh.. abg lie tlg uruskan smpai ke tgn aku..

banyak kenangan ak dengan si kuda hitam neh.. susah senang time study kat upm.. gi konvoi ramai2, g merempit umah yan kt bndar tsik selatan, ulang alik dr upm pi kajang.. lepas tensyen kt dataran putrajaya... g ladang 2 y dok kt ujung alam 2.. mmg x terkira kenangan 2.. 

kenangan plg x leh blah, jatuh motor kt TPU.. ngeee... malu gilo.. dah la dopan orng ramai.. bdk2 still ad kt situ.. satu lg ble nak pi umh aunt kt kajang.. kbetolan ujan lobat.. terpkse berhenti kt pondok dkt tol.. ngeeee... dah la i'm d only girl y ad kt situ.. baju dah basah n lencun.. seram!!!

dengan kuda hitam jugak la ak dok ulang alik pi prektikal kt KETARA.. hehehhe.. glemer kuda hitam ak neh, sbb nye ak suke merempit.. bwk skuter bapak laju..

tima ayah sakit dlu, kuda hitam byk berbakti... ak ngn adik pi beli makanan n brg2 umh ngn kuda itam.. time 2, ayah x bg lg green light tok bwk kreta.. lps ayh msuk ward br la ak sntuh persona tue.. heheh

si Kuda Hitam, thanx kerana sudi berbakti sepanjang masa kita bersama... i will always remember you coz u r precious to me..



thanx for being my 말..




Friday, 24 February 2012

21022012

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah. 21022012, usia bertambah naik 1 anak tngga.. hehhehe. Terima Kasih ALLAH, kerana aku msih diberi peluang untuk bernafas di atas bumi Mu dan still bpeluang untuk berbakti pada insan2 tersayang.


hehhehe... walopn terlewat beberapa hari nak buat besday post.. ak tibai jek.. minggu neh, hari ak full ngn berjalan aka x der keje cari keje... hari ahad n isnin, ak berkg kat HUSM.. both adik n mummy ad appointment ngn pakar.. mummy appointment with gynecologist while sis appointment with chest n orthopedic specialist..

on my birthday plak, i went to kuala berang.. antar Lily kat umh kak Xiema.. deorng nak blk johor.. smpai umh penat y amat.. pastu blh plak migrain mai say hello kt aku.. blh la geng ngn si gastrik.. hazab weh.. brape kali dok muntah2 ble smpai umh.. after maghrib baru la ok.. pastu dok reply birthday wish kt FB ngn Twitter.. 2 pn kpala still weng-weng..

hari rabu, x kemana2.. ingatkan nak bwk tok pi supermarket.. tp x jadi sbb tok diserang penyakit gatal aka allergic. blh plak, time dok baring2.. ak trTdo.. seb bek adik ad.. dia la pi amik mummy kt sekolah..

hr khamis aka hr nie.. pn ak pg jerteh.. adik nak beli brg y mmber2 poli dia kirim.. huish... tpkan, y plg best.. dpt birthday present dr bloved aunt, sepasang kain polkadot.. okey la kan, dr x dop gapo.. ni pn, ak br blk antar tok, ayh long ngn  long nek keretaapi kt stesen tanah merah.. hehehhe...

dah abes cerita pasal kejadian minggu neh..

sepnjang taun lepas, mcm2 pesen cerita ak lalui.. smpai ak rse, x tercapai dek akal.. dugaan? x terkira.. kalo ikutkan mmg ak rse nak give up.. tp Alhamdulillah, ak dpat kawan y byk support dr blkng, kiri, kanan, depan, atas ngn bawah.. ehheheh.. salah satu nasihat y mmg terkesan pd ak," Allah tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak mampu menggalas ujianNya".. lbey kuang mcm 2.. ak nak berbahasa pn FAILED!! asal ak phm sudahla.. kekekke

tokki menghembuskan nafas terakhir pada 2nd day of Eid Adha.. alhamdulillah, smua family ad kecuali teh ngn ayah teh berada di Mekah ngn ayah su dan che su y berada di kedah.. ayah su n family smpt smpai masa orng tgh mandikan jenazah.. teh n ayah teh tau pasal berita neh, lps deorng selesai haji dan kembali ke mekah.. al-fatihah Haji Md Dawan.. me miss u..

harap2 taun neh, murah la rezeki aka dapat keje tok membayar duet abg PTPTN, ditetapkan iman dan berubah ke arah kebaikan, mnjadi insan y SABAR *tgh bljar kawal emosi.. kekeke dan bertemu dengan si pemilik rusuk y hilang.. InsyaAllah.. moh kita sama2 berdoa..

dan ak ada satu lg impian.. impian nak sambung belajar.. hehehe.. kalo ad rzeki, ckup masa, trauma dah hilang.. InsyaAllah.. ber MASTER la ak...



to my FRIENDS n FAMILY,


thank you for the birthday wish.. me love u.. muahhhhhhhhhh...



CIK AIMA FARHANI BINTI YUSOF

HAPPY BORN DAY...




p/s: umoq sila kira sendiri.. heheeh


Sunday, 5 February 2012

salam Maulidur Rasul

assalamualaikum n salam sejahtera..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


sempena maulidur rasul neh, moh la kite sama-sama berselawat ke atas nabi Muhammad SAW.  semoga hidup ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.. Amin.



KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.




WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.


credit: JAKIM



p/s: sy sdng berusaha untuk berubah untuk jadi lebih baik.. InsyaAllah..

Tuesday, 31 January 2012

Wednesday, 25 January 2012

sentap..

assalamualaikum n slm sejahtera..

lame x merewang kt blog.. agak berabuk la jgk.. sbenarnye, ak ngh usha2 nak tuka design blog neh. tp hampeh.. x jadi, so it still d same, maybe tomorrow.. day after tomorrow.. next week or next month, my blog will change into a new design.. heheheh.. *mls sebenarnye.. kekekek

sbenarnye, ak x tau nk ckp ehhh tulis mcm mne..tntng ap y ak rase.. i'm trying to be a good friend, tp adkah ak seorng 'good friend'? atau hanye menyemak jek dismping kwn2 ak.. ak tau la i am jobless rite now n x der pndapatan.. *terasa..

xpe la, biarlah ak jd kawan y sntiasa berada disisi kwn ble dia prlukan kawan.. skurang2 nye, ak dh jlnkan tanggungjwb ak sbg kawan.. am i right?



p/s: rndu kt YMCA.. Leyya, Zam.. i miss u guys...

Monday, 18 July 2011

alhamdulillah...

ayah dah kluar ward... ;) 2 pn sobab dia mintak ngn abg doctor nk blk.. bosan katenye dok kat hospital neh..5 hari 5 malam jgk la dia jd penghuni HOSPITAL BESUT tu...




p/s: penat jdi driver.. tp saye x kisah... ;)


Sunday, 10 July 2011

bapak ku sakit

msuk hari ni, dah 3 hari ayah tersayang domam.. x tau la den nk ckp apo.. ksian tgk dia.. bape kali ajak pi klinik dia x mau.. sedih den.. seb bek la umh ni mcm farmasi, stok2 ubat mmg byk.. hari ni pn, dia x pi koje.. den la dok jge dia..xpe.. SAYANG bapak pnye psl...


sbenarnyekan, mlm2 msti ak akan kluar jenguk ayah tdo.. nk tgk dada dia berombak ke x.. ak phobia.. i dont wanna lose him... walaupn ak tau, ajal maut di tgn Allah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...